Friday, June 14, 2013

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Akan dikemaskini dengan kadar segera. Terima kasih.

Sunday, January 9, 2011

REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK

Setelah mempelajari tajuk ini, anda dapat:

a. Menyatakan reka bentuk dan teknologi.
b. mengenal pasti faktor utama reka bentuk.
c. mengenal pasti jenis-jenis bahan pembinaan perabot dan pembinaan am, termasuk saiz, sifat, penggunaan dan kesesuaian bahan tersebut.
d. Mengenal pasti jenis-jenis pengikat serta cara-cara penggunaannya.
e. Mengenal pasti nama, fungsi alatan tangan, mesin dan cara penggunaannya.
f. Mengenal pasti proses membuat lukisan kerja.
g. Mengenal pasti proses mengukur, menanda, memotong dan membina produk.
h. Membuat kerja kemasan produk dan mengenali bahan kemasan serta kaedah penggunaannya.
i. Mereka bentuk produk dan aspek-aspek yang berkaitan dengannya.
j. Menguji, menilai dan mengubah suai produk.
k. Mendokumentasikan dan membuat persembahan projek.

Thursday, June 4, 2009

ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN (sambungan)

Etika dan Budaya Kerja

  1. Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja. Contoh etika kerja ialah :

(a) Menepati masa

. menghadiri kelas dan menyiapkan kerja mengikut masa.

(b) Bertanggungjawab

. Menyimpan alatan, lakukan kerja pembersihan, jaga keselamatan diri dan

rakan.

(c) Amanah

. Bersikap amanah menjaga harta benda bengkel.

(d) Patuh

. Mengikut peraturan dan arahan guru.

  1. Budaya kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi.
  2. Tujuan mengamalkan budaya kerja dalam bengkel termasuk

(a) Memupuk sikap kerjasama dan bertanggungjawab

(b) Persiapan kea lam pekerjaan

(c) Melahirkan rakyat yang cemerlang

(d) Membangun Negara

Thursday, May 28, 2009

ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN (sambungan)

Amalan 4M

  1. Membersih

(a) Dilakukan supaya bengkel bersih, kemas, selesa, dan selamat digunakan.

(b) Murid perlu menitikberatkan kebersihan diri seperti berpakaian kemas, memakai apron, memakai kasut getah, berambut dan berkuku pendek.

(c) Kebersihan mental seperti berfikiran secara positif dan bersikap bertanggungjawab serta mengutamakan keselamatan diri dan rakan.


  1. Menyusun atur

(a) Menggunakan alatan dan menyimpan semula alatan yang digunakan dengan tersusun dan kemas.

(b) Menyimpan bahan-bahan beracun dan mudah terbakar di tempat yang selamat, berkunci serta mempunyai peredaran udara yang baik.

(c) Pastikan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api berkeadaan baik serta mudah diambil apabila diperlukan.


  1. Menilai diri sendiri dan tempat kerja

(a) Bengkel mempunyai pencahayaan dan pengedaran udara yang baik.

(b) Bertanggungjawab dan mengamalkan peraturan bengkel.

(c) Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas serta penggunaan alat pemadam api.

(d) Melaporkan kemalangan kepada guru dengan segera


  1. Mendisiplin

(a) Murid perlu mematuhi peraturan keselamatan bengkel, keselamatan alatan, keselamatan diri dan rakan serta keselamatan alatan eletrik.

(b) Keselamatan bengkel;

. Penggunaan alatan tangan dengan berhati-hati.

. Lantai tidak licin dan kerusi di susun kemas.

. Suis ditutp selepas digunakan.

. Melaporkan kemalangan kepada guru.

(c) Keselamatan diri;

. Mamakai apron dan kasut getah.

. Tidak bergurau dan bermain atau menggangu rakan.

. Berhati-hati semasa membawa alatan tangan serta tidak memasukkannya ke dalam poket.

(d) Keselamatan alatan

. Tangan tidak berminyak semasa bekerja.

. Gunakan alatan yang betul dan bersaiz sesuai.

. Alatan disusun kemas selepas digunakan.

(e) Keselamatan penggunaan elektrik :

. Tangan tidak basah.

. Matikan suis jika berlaku kejutan elektrik.

. Jangan gunakan alatan elektrik yang rosak.

. Tidak terlalu membebankan litar.

. Jangan letakkan alatan tangan berbesi seperti pembaris keluli berdekatan

dengan punca elektrik.

Wednesday, May 20, 2009

ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

Pengenalan

Pengurusan bengkel dan keselamatan penting bagi memastikan bengkel berada dalam keadaan yang selamat dan terkawal semasa digunakan.
Bengkel yang terurus dengan baik mencerminkan struktur organisasi yang praktikal serta mempunyai amalan kerja yang selamat dan sistematik.

Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan

Bertujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan tugasan, peraturan dipatuhi dengan betul, kebersihan dijaga, penyimpanan alatan dan bahan yang kemas dan sistematik serta dapat menghindarkan kemalangan apabila pelajar mempunyai sifat bertanggungjawab, bekerjasama, berdisiplin, dan menepati masa.

bersambung ......

Tuesday, April 14, 2009

Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan Satu

1.0 Reka Bentuk danTeknologi

1.1 Organisasi bengkel dan keselamatan
a. Pengurusan organisasi bengkel dan keselamatan

1.2 Reka bentuk dan penghasilan projek
a. Pengenalan reka bentuk dan teknologi
b. Faktor reka bentuk
c. Jenis bahan dan Pengikat
d. Alatan tangan dan mesin
e.Proses
i. Lukisan projek
ii. Pembinaan
iii. Kemasan
f. Reka bentuk projek
i. Pernyataan masalah atau keperluan
ii. Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek
iii. Pendokumentasian

1.3 Elektrik
a. Sumber dan kegunaan elektrik
b. Jenis wayar dan kerja pendawaian

1.4 Kerja Paip
a. Pengenalan sistem bekalan air di rumah
b. Jenis paip, penyambung paip dan bahan pemasangan paip
c. Jenis dan kelengkapan paip
d. Kerja Penyenggaraan

1.5 Jahitan
a. Mesin jahit
b. Penghasilan artikel

1.6 Tanaman Hiasan
a. Pembiakan secara keratan
b. Penanaman
c. Penjagaan anak pokok

PILIHAN 1 : KEMAHIRAN TEKNIKAL

1.7 Elektrik
a. Jenis litar elektrik
b. Penggunaan meter pelbagai
c. Unit kawalan utama bekalan elektrik domestik
d. Kuasa elektrik

1.8 Asas Elektromekanikal
a. Pengenalan pergerakan mekanikal
b. Pengenalan pergerakan elektromekanikal

1.9 Perniagaan dan Keusahawanan
a. Pengenalan kepada perniagaan
i. Pengertian dan kepentingan perniagaan
ii. Perkembangan perniagaan dan masa depannya
iii. Bentuk dan jenis perniagaan
iv. Milikan Perniagaan

PILIHAN 2 : EKONOMI RUMAH TANGGA

2.1 Pemakanan dan Pengurusan Sajian
a. Diet seimbang
b. Perancangan menu
c. Prinsip memasak
d. Kaedah memasak
e. Penyediaan dan penyajian makanan
f. Reka cipta resepi

2.2 Bater
a. Jenis Bater
b. Penyediaan makanan

2.3 Kuih Tempatan
a. Sumber Kuih Tempatan
b. Penyediaan makanan

2.4 Pakaian
a. Fabrik
b. Pemilihan pakaian
c. Penjagaan pakaian

2.5 Jahitan
a. Proses jahitan
b. Penghasilan projek jahitan

2.6 Perniagaan dan Keusahawanan
a. Pengenalan kepada perniagaan
i. Pengertian dan kepentingan perniagaan
ii. Perkembangan perniagaan dan masa depannya
iii. Bentuk dan jenis perniagaan
iv. Milikan Perniagaan

PILIHAN 3 : PERTANIAN

3.1 Kompos
a. Pengenalan
b. Bahan kompos
c. Pembinaan kompos
d. Pengurusan

3.2 Tanaman Sayuran
a. Jenis Sayuran
b. Penyediaan tapak
c. Penanaman
d. Penjagaan
c. Pungutan hasil
d. Giliran tanaman

3.3 Perniagaan dan Keusahawanan
a. Pengenalan kepada perniagaan
i. Pengertian dan kepentingan perniagaan
ii. Perkembangan perniagaan dan masa depannya
iii. Bentuk dan jenis perniagaan
iv. Milikan Perniagaan

PILIHAN 4 : PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

4.0 Perdagangan Dan Keusahawanan

4.1 Pengenalan Kepada Perniagaan
a. Konsep dan kepentingan perniagaan
b. Perkembangan perniagaan dan masa depannya
c. Bentuk dan jenis perniagaan
d. Milikan perniagaan
e. Faktor mempengaruhi perniagaan

4.2 Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan
a. Langkah-langkah menubuhkan perniagaan kecil
i. Perancangan perniagaan
ii. Dokumen penubuhan perniagaan kecil
iii. Cara mendapatkan modal
b. Pengendalian perniagaan
i. Pengendalian dan kawalan perniagaan
ii. Etika amalan perniagaan

4.3 Dokumen perniagaan
a. Kepentingan dokumen
b. Jenis dokumen
c. Maklumat penting dalam dokumen

4.4 Pengeluaran
a. Pengertian pengeluaran
b. Faktor pengeluaran
c. Bidang pengeluaran
d. Kaitan pengeluaran dengan permintaan
e. Proses pengeluaran
f. Pengiraan kos

Pengenalan

Mata pelajaran KHB mempunyai empat (4) pilihan iaitu pilihan kemahiran teknikal, pilihan ekonomi rumah tangga, pilihan pertanian, dan pilihan perdagangan & keusahawanan. Seorang pelajar hanya dibenarkan mengambil satu pilihan sahaja berdasarkan pilihan yang ditawarkan di sekolah masing-masing.