Thursday, May 28, 2009

ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN (sambungan)

Amalan 4M

  1. Membersih

(a) Dilakukan supaya bengkel bersih, kemas, selesa, dan selamat digunakan.

(b) Murid perlu menitikberatkan kebersihan diri seperti berpakaian kemas, memakai apron, memakai kasut getah, berambut dan berkuku pendek.

(c) Kebersihan mental seperti berfikiran secara positif dan bersikap bertanggungjawab serta mengutamakan keselamatan diri dan rakan.


  1. Menyusun atur

(a) Menggunakan alatan dan menyimpan semula alatan yang digunakan dengan tersusun dan kemas.

(b) Menyimpan bahan-bahan beracun dan mudah terbakar di tempat yang selamat, berkunci serta mempunyai peredaran udara yang baik.

(c) Pastikan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api berkeadaan baik serta mudah diambil apabila diperlukan.


  1. Menilai diri sendiri dan tempat kerja

(a) Bengkel mempunyai pencahayaan dan pengedaran udara yang baik.

(b) Bertanggungjawab dan mengamalkan peraturan bengkel.

(c) Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas serta penggunaan alat pemadam api.

(d) Melaporkan kemalangan kepada guru dengan segera


  1. Mendisiplin

(a) Murid perlu mematuhi peraturan keselamatan bengkel, keselamatan alatan, keselamatan diri dan rakan serta keselamatan alatan eletrik.

(b) Keselamatan bengkel;

. Penggunaan alatan tangan dengan berhati-hati.

. Lantai tidak licin dan kerusi di susun kemas.

. Suis ditutp selepas digunakan.

. Melaporkan kemalangan kepada guru.

(c) Keselamatan diri;

. Mamakai apron dan kasut getah.

. Tidak bergurau dan bermain atau menggangu rakan.

. Berhati-hati semasa membawa alatan tangan serta tidak memasukkannya ke dalam poket.

(d) Keselamatan alatan

. Tangan tidak berminyak semasa bekerja.

. Gunakan alatan yang betul dan bersaiz sesuai.

. Alatan disusun kemas selepas digunakan.

(e) Keselamatan penggunaan elektrik :

. Tangan tidak basah.

. Matikan suis jika berlaku kejutan elektrik.

. Jangan gunakan alatan elektrik yang rosak.

. Tidak terlalu membebankan litar.

. Jangan letakkan alatan tangan berbesi seperti pembaris keluli berdekatan

dengan punca elektrik.

No comments:

Post a Comment